ENGLISH
 
 
Anak Syarikat YP
Anda adalah pelawat ke
counter
Tarikh Akhir Kemaskini
09 Januari 2007
 
 

TAWARAN PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU TAHFIZ PRA PROFESIONAL SESI 2008

 

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mempelawa anak negeri atau pemastautin tetap Negeri Pahang untuk memasuki Tingkatan 1 Program Tahfiz PraProfesional bagi sesi persekolahan 2008.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. Anak negeri Pahang atau memegang taraf pemastautin negeri Pahang
2. Berumur tidak melebihi 13 tahun
3. Memperolehi 5 A atau sekurang-kurangnya 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2007
4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik
5. Berminat untuk menghafaz Al-Quran
6. Lulus dalam temuduga dan lulus ujian Seminar Tahfiz PraProfesional yang diadakan oleh MTNP
7. Menghafaz keseluruhan surah Al-Insan dengan baik
8. Sihat fizikal dan mental

Cara memohon

1. Melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di MTNP, semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di seluruh negeri Pahang mulai 1 November 2007. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 November 2007.
2. Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat akan ditemuduga
3. Calon yang berjaya dalam temuduga akan dipanggil untuk mengikuti Seminar Tahfiz Praprofesional yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Disember 2007
4. Ujian saringan terakhir akan diadakan di akhir seminar untuk memilih calon terbaik untuk ditawarkan mengikuti kursus berkenaan.
5. Kehadiran dan komitmen ibu/bapa/penjaga juga akan diambil kira dalam pemilihan pelajar.

Sila hubungi Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel: 09-5343333, Faks: 09-5343000 untuk keterangan lanjut.
 
ZARINAH BINTI HAMID
31 Oct, 2007
<< Kembali
MUAT TURUN  

Sebarang pertayaan sila hubungi Yayasan Pahang di alamat:
Yayasan Pahang, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-5181800 Fax: 09-5181888 atau e-mail: ypahang@yp.org.my
Hakcipta Terpelihara © 2006 YAYASAN PAHANG | Pahang State Foundation